Tentera Israel bunuh 24 rakyat Palestin sedang tunggu bantuan di Rafah

3 Jun 2025 • 7:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

ANKARA, 3 JUN: Sekurang-kurangnya 24 rakyat Palestin terbunuh manakala puluhan lagi cedera dalam serangan tentera Israel awal pagi Selasa yang menyasarkan orang awam yang sedang menunggu bantuan kemanusiaan di sebuah tapak agihan bantuan yang ditetapkan oleh Israel di Rafah, selatan Semenanjung Gaza, lapor Anadolu Ajansi.

Kementerian Kesihatan Gaza dalam satu kenyataan berkata kematian berlaku di kawasan “Al-Alam” di Rafah, tempat penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal berkumpul untuk menerima bantuan, sambil memaklumkan bahawa angka korban itu adalah awal kerana ramai yang cedera berada dalam keadaan kritikal.

Kejadian itu merupakan insiden maut terbaru membabitkan tentera Israel yang menyasarkan rakyat Palestin ketika mereka cuba mendapatkan bantuan melalui mekanisme agihan bantuan yang diperkenalkan oleh Israel dan berkuat kuasa pada 27 Mei.

– BERNAMA-ANADOLU

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved