Tentera Israel Diharamkan Menggunakan Telefon Pintar Android

WorldTechnology
1 Dec 2025 • 3:57 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Atas faktor keselamatan, Angkatan Tentera Israel (IDF) kini mengharamkan penggunaan telefon pintar Android oleh pegawai tentera berpangkat leftenan kolonel dan ke atas. Mereka diwajibkan menggunakan iPhone sahaja selepas ini menurut laporan The Jurusalem Post.

image is not available

Penggunaan Android diharamkan bagi mengelakkan peranti milik pegawai diakses oleh musuh sehingga mendedahkan maklumat penting seperti lokasi anggota tentera. Israel berkata terdapat usaha daripada Iran menggunakan taktik kejuruteraan sosial untuk mengakses peranti milik anggota.

Arahan baharu yang diberikan ialah usaha memperkukuhkan keselamatan sedia ada termasuk meningkatkan kesedaran pegawai tentang taktik kejuruteraan sosial. Pengharaman ini hanya tertakluk pada peranti yang digunakan pegawai untuk melalukan tugas. Mereka masih dibenarkan menggunakan peranti peribadi yang menggunakan Android.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved