Tentera israel lancar serangan ke atas bandar Ramallah

8 Jun 2023 • 7:31 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

RAMALLAH: Tentera israel telah melancarkan serbuan ke bandar Ramallah di Tebing Barat yang dijajah awal Khamis.

Seorang saksi Reuters berkata, konvoi tentera yang besar tiba di pusat bandar Ramallah, pusat pemerintahan Palestin, mengetuai ratusan rakyat Palestin berkumpul di kawasan itu.

image is not available

image is not available
Kredit Foto Twitter Arab News

Menurutnya, tentera israel melepaskan peluru hidup, bom tangan dan gas pemedih mata ke arah orang ramai.

Kementerian kesihatan Palestin melaporkan sekurang-kurangnya enam orang telah dipindahkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan, termasuk tiga mengalami luka tembak.

Keganasan di Tebing Barat telah meningkat pada tahun lalu. Zionis israel telah memperingkatkan serbuan tenteranya di tengah-tengah serangan jalanan yang dilakukan oleh penduduk Palestin di bandar-bandarnya.

Kementerian kesihatan Palestin berkata sekurang-kurangnya 158 rakyat Palestin telah dibunuh oleh israel sejak Januari termasuk kanak-kanak dan wanita.

image is not available

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

ATAU menerusi
Akaun Maybank Dana MAPIM:
5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia