Tentera Israel serang kem pelarian di utara Baitulmuqaddis

WorldPolitics
6 Aug 2026 • 8:00 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Tentera Israel serang kem pelarian di utara Baitulmuqaddis

RAMALLAH/ISTANBUL, 9 OGOS: Tentera Israel menyerbu kem pelarian Qalandiya dan bandar Kafr Aqab di utara Baitulmuqaddis yang diduduki pada awal Rabu, sambil mengenakan sekatan ketat di kedua-dua kawasan itu, lapor Anadolu Ajansi yang memetik Pihak Berkuasa Wilayah Baitulmuqaddis.

Menerusi beberapa kenyataan yang diterima Anadolu, pihak berkuasa itu memaklumkan bahawa tentera Israel menguatkuasakan perintah berkurung di Kafr Aqab dan mengerahkan kenderaan tentera ke seluruh kawasan berkenaan.

Menurut pihak berkuasa itu, tentera Israel menghalang umat Islam daripada menunaikan solat Subuh di semua masjid di Qalandiya selain menghantar pesanan teks kepada beberapa penduduk bagi memaklumkan permulaan operasi ketenteraan berskala besar di kem berkenaan.

Pasukan itu turut menahan bapa kepada rakyat Palestin, Laith al-Shawani yang terkorban, manakala sebuah kenderaan tentera Israel melanggar seorang pemuda berhampiran kem itu, menurut wartawan Anadolu.

Tiada maklumat diperoleh setakat ini mengenai keadaan pemuda berkenaan.

Tentera Israel secara berasingan turut mengumumkan pelancaran operasi berskala besar di kem pelarian Qalandiya.

-- BERNAMA-ANADOLU

TAG: pencerobohan Israel, kem pelarian, Palestin

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved