Tentera Israel tahan 70 warga Palestin di Tebing Barat

WorldPolitics
27 Jul 2026 • 9:30 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Tentera Israel tahan 70 warga Palestin di Tebing Barat

RAMALLAH: Tentera rejim Israel menahan sekurang-kurang­nya 70 warga Palestin dalam siri serbuan di seluruh Tebing Barat yang diduduki pada Sabtu.

Seramai  lapan lagi cedera dalam serangan berasingan oleh kumpulan pendatang haram Yahudi, menurut media tempatan dan Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin.

Stesen radio rasmi Voice of Palestine melaporkan, tentera Israel menangkap lebih 40 pemuda Palestin dalam siri serbuan berterusan di pekan Tell yang terletak di barat Nablus di bahagian utara wilayah ber­kenaan.

Menurut penyiar itu, tentera Israel turut merampas sebuah rumah di pekan berkenaan dan menjadikannya pusat soal siasat lapangan. Rejim Zionis itu turut melancarkan pencerobohan besar-besaran ke atas kediaman penduduk di seluruh pekan tersebut sambil mengepung kawasan berkenaan dari pelbagai arah.

Pada Jumaat, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu bersama Menteri Pertahanan, Israel Katz mengarahkan operasi ketenteraan berskala besar di kampung-kampung Palestin di sekitar Tebing Barat.

Arahan itu dikeluarkan susulan serangan berhampiran penempatan haram Havat Gilad yang mengorbankan dua askar Israel dan mencederakan tiga yang lain.

Menurut sumber dan saksi, kumpulan peneroka haram Yahudi kemudian menyerang beberapa komuniti Palestin di wilayah Nablus, termasuk membakar rumah dan harta benda penduduk tempatan.

Tentera Israel berkata, satu pertempuran ganas tercetus antara penduduk Israel dan rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki pada Sabtu. Ia berlaku sehari selepas pertempuran di kawasan lain di wilayah itu menyebabkan enam orang terbunuh.

Keganasan di Tebing Barat yang diduduki Israel meningkat secara mendadak sejak perang Gaza bermula berikutan serangan Hamas ke atas Israel pada 7 Oktober 2023.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan Palestin mengesahkan empat penduduk terkorban pada Jumaat akibat serangan oleh peneroka haram Yahudi dan tentera Israel di pekan Tell.

Sementara itu, agensi berita rasmi Palestin, Wafa melaporkan bahawa tentera Israel me­lancarkan serbuan meluas sebelum subuh di bandar Jenin dan  beberapa pekan serta kampung berhampiran.

Pasukan tentera turut meng­geledah sejumlah rumah dan menahan enam warga Pales­tin manakala operasi ketente­raan masih berterusan di beberapa bahagian wilayah tersebut, la­por agensi ber­ke­naan. Dalam kejadian berasi­ngan, tentera Israel menahan tiga lagi warga Palestin di wilayah Baitulaham.

Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin pula mengesahkan lapan warga Palestin cedera termasuk enam akibat tembakan peluru hidup dalam serangan peneroka haram Yahudi di kampung Farata, timur Qalqilya, barat laut Tebing Barat. – AGENSI

The post Tentera Israel tahan 70 warga Palestin di Tebing Barat appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved