Tentera israel tahan pemuda Palestin yang cedera di Ramallah

9 Nov 2022 • 12:39 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

RAMALLAH: Pasukan pendudukan israel menahan seorang warga Palestin yang cedera beberapa tahun lalu akibat tembakan tentera semasa serbuan tentera ke kem pelarian Jalazon, utara bandar Ramallah di Tebing Barat yang diduduki.

Nur Elayyan memberitahu WAFA bahawa askar menahan adik lelakinya, Riyad Elayyan, 20, semasa serbuan awal pagi di kem itu walaupun dia masih belum pulih daripada kecederaan tembakan di kaki dan mengalami gangguan saraf semasa tahanan.

Menurutnya pasukan tentera meletupkan pintu rumah mereka di kem dan memaksa semua ahli keluarga masuk ke dalam satu bilik sebelum menahan adiknya yang sakit.

Elayyan memberitahu bahawa keluarganya dimaklumkan oleh pejabat Perhubungan Tentera Palestin yang Riyad menderita semasa penahanan akibat kecederaan kakinya dan juga mengalami gangguan saraf.

Namun tentera israel tidak menghiraukan kesihatannya yang serius sehingga mereka membungkusnya dengan aluminium dan membawanya ke atas pengusung sahaja.

Riyad adalah bekas banduan yang menghabiskan 2 setengah tahun di penjara israel kerana menentang pendudukan. Dia mengalami kecederaan di kakinya selepas terkena tembakan tentera di pintu masuk kem 5 tahun lalu.

image is not available

image is not available

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

Klik :

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini