Tentera Laut India selamatkan 17 kru kapal kargo, tahan 35 lanun

17 Mar 2024 • 11:51 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

NEW DELHI: Tentera Laut India berjaya menyelamatkan 17 kru kapal kargo pukal MV Ruen dan menahan kesemua 35 lanun yang merampas kapal itu.

Kapal pembinasa INS Kolkata memintas kapal kargo itu di perairan antarabangsa 2,600 kilometer dari pantai India pada Jumaat.

INS Kolkata dibantu pesawat peronda tentera laut P81, sebuah pesawat kawalan jauh yang boleh terbang dalam jarak jauh pada altitud tinggi dan kapal peronda INS Subhadra semasa operasi itu.

Anggota komando marin turut diturunkan dari udara menggunakan pesawat pengangkut C-17.

Tentera laut berkata menerusi usaha bersama, ia “mengasak” dan “memaksa” kesemua lanun menyerah diri dan membawa keluar kru yang tidak diapa-apakan.

Kapal dagang yang berdaftar di Malta itu dirampas lanun pada 14 Dis lepas berhampiran Pulau Socotra, Yaman.

Tentera Laut India mengambil pendirian tegas bagi menyokong sektor perkapalan di tengah-tengah ketengangan serantau. -Bernama