Tentera laut israel melepaskan tembakan ke arah nelayan Palestin di Gaza

24 Oct 2022 • 3:54 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

Oleh : Noorielyana – Wartawan Pelatih Ummah Today

GAZA: Tentera laut israel telah melepaskan tembakan ke arah bot dan nelayan Palestin ketika mereka sedang belayar di kawasan al-Waha dan al-Sudaniya, utara Semenanjung Gaza, kata sumber tempatan.

Wartawan WAFA berkata bahawa tentera laut israel melepaskan bom bunyi dan gas pemedih mata bagi menghalang mereka daripada menangkap ikan. Akhirnya nelayan Palestin keluar dari pantai kerana takut ditembak.

Sejak Oktober 2000, pusat hak asasi manusia di Gaza telah mendokumentasikan beberapa pelanggaran israel, termasuk pembunuhan dan rampasan bot terhadap nelayan. Menurut perjanjian antarabangsa Palestin-israel yang dijamin adalah untuk menangkap ikan dalam jarak 4 hingga 6 batu nautika dari pantai.

image is not available

Tentera laut israel menyerang nelayan Gaza hampir setiap hari dan tidak membenarkan mereka pergi lebih jauh daripada 3 batu nautika walaupun di dalam perjanjian yang ditandatangani antara Palestin dan israel membenarkan nelayan pergi sejauh 12 batu nautika di dalam Laut Mediterranean.

Sebilangan besar penduduk Gaza bergantung kepada penangkapan ikan untuk kehidupan seharian berikutan sekatan ketat selama sedekad yang dikenakan oleh israel di Semenanjung Gaza.

image is not available

MASA UNTUK BERTINDAK!

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan.

Klik :

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini