Tera air (watermark) SynthID diperkenalkan oleh Google pada tahun 2023 dengan ia dibenamkan ke dalam imej yang dijana oleh kecerdasan buatan (AI) generatif. Selepas beberapa tahun dilancarkan, SynthID kini akan disokong juga oleh OpenAI, Kakao, ElevenLabs dan NVIDIA pada kandungan yang dijana oleh AI mereka.
Dengan tera air yang dibenarkan, Gemini dengan mudah boleh mengesan kandungan gambar, video dan audio dijana oleh AI generatif atau tidak. Ini boleh dilakukan menerusi aplikasi Gemini, Circle to Search dan Gemini yang terbina dalam pelayar Chrome.

Google juga menambah pengesahan untuk pengesahan kandungan C2PA, untuk menyemak dengan mudah sama ada kandungan tersebut merupakan kandungan asal yang tidak diubah suai daripada kamera atau jika ia telah diubah suai dengan maklumat menggunakan alatan apa. Ciri ini akan dilancarkan dalam aplikasi Gemini bermula hari ini, dan ia akan tersedia untuk Carian dan Chrome dalam beberapa bulan akan datang.
Bercakap mengenai C2PA, Pixel 10 ialah peranti pertama menyokongnya dengan Google akan menambah maklumat C2PA pada kandungan video yang dirakam menggunakan Pixel 8, 9 dan 10 dalam masa beberapa minggu lagi.

