“Terajang Je Dia!” – Bidan Tegur Celah Peha Hitam, Doktor Perjelas Kesan Estrogen Pada Ibu Mengandung

4 Aug 2022 • 3:04 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Viral di media sosial TikTok baru-baru ini, mengenai sebuah hantaran video oleh seorang doktor dikenali sebagai Amirah Azlan yang menegur sikap segelintir peniaga produk kecantikan wanita.

Menerusi video tersebut, seorang penjual produk telah membuat promosi ‘murahan’ dengan memberi teori-teori kesihatan yang salah dan seakan-akan ingin menakutkan para wanita terutama golongan ibu mengandung.

Menurut Dr. Amirah, peniaga itu mendakwa bahawa jika ‘Miss V’ wanita longgar suami akan lari dan jika wanita itu sedang hamil harus memastikan celah pehanya putih kerana akan ditegur oleh bidan ketika sambut bayi.

Awak boleh terajang muka dia pasal dia dah la tak pandai, tak ada ilmu, lepastu nak kutuk-kutuk orang pulak!

Jelasnya, kesan kandungan estrogen dalam badan sememangnya akan menggelapkan kulit secara semula jadi terutama pada bahagian celah paha, ketiak dan beberapa bahagian sensitif lain.

Itu biasa, yang luar biasa tu orang yang terlalu obses nak putihkan dekat bawah tu (Miss V).

Tambah Dr. Amirah, perubahan itu adalah normal, bahkan bahagian bawah yang terlalu putih juga sebenarnya menunjukkan tanda tidak bagus dan merisaukan para perubatan selain berisiko menyukarkan prosedur menjahit selepas bersalin.

Dalam pada itu, Dr. Amirah turut berkata semuanya bergantung kepada pengguna sendiri jika masih ingin meneruskan pemakaian produk tersebut.

Malah, dia menegaskan bahawa dia bukannya ingin menjatuhkan mana-mana penjualan produk kecantikan wanita, sebaliknya hanya memberi pesanan buat para wanita.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 23 jam lalu

(VIDEO) "Dah Berbulan..." - Bapa Kahwin Lain Selepas Kematian Ibu, 2 Beradik Tinggal Bawah Jambatan

View Original Article