

Terang & Bercahaya, Angkasawan UAE Kongsi “View” Mekah & Madinah Sempena Lailatul Qadar
Sempena 10 malam terakhir ramadan, angkasawan Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah berkongsikan sebuah video menakjubkan yang memaparkan keadaan kota suci untuk umat Islam iaitu Mekah dan Madinah daripada Stesen Angkasa Antarabangsa
Memetik Gulf News, Najmonaut (angkasawan Arab), Sultan Al Neyadi yang kini dalam misi angkasa Arab terpanjang di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) itu menyifatkan misi tersebut sebagai hadiah yang didedikasikan untuk “anak-anak Salman,” merujuk kepada Raja Salman Abdulaziz dari Arab Saudi.
Rakaman video itu menunjukkan Mekah dan Madinah terang sepenuhnya termasuk Masjidil Haram yang menjadi tempat paling suci bagi umat Islam.

Al Neyadi juga turut berkongsikan video lain yang menunjukkan Jeddah dan bahagian lain negara itu.
Dia berkata ia “didedikasikan untuk negara bagi Dua Masjid Suci, tanah penyebaran agama Islam dan tanah mendapat wahyu.”
“Dari Stesen Angkasa Antarabangsa, hadiah untuk anak-anak Salman pada malam-malam penuh keberkatan ini. Dedikasi kepada negara Dua Masjid Suci, tanah wahyu dan tanah dakwah, Kerajaan Arab Saudi,” tulis angkasawan tersebut di Twitter miliknya.

Video rakaman itu menjadi tular di media sosial
Video itu telah menjadi tular dengan beberapa pengikutnya mengucapkan terima kasih kerana sudi berkongsi video istimewa tersebut.
Terdahulu, laporan Arabian News, Negara Kerjasama Teluk (GCC) seperti UAE, Arab Saudi, Qatar, Oman dan Kuwait telah pun mengumumkan cuti Aidilfitri untuk sektor awam dan swasta.
Kakitangan sektor awam dan swasta di UAE dan Arab Saudi akan menikmati cuti selama empat hari bermula 20 April hingga 23 April.
Sementara itu, Qatar mengumumkan cuti selama 11 hari untuk pekerja bermula dari 19 April sehingga 27 April.
Manakala Oman dan Kuwait pula akan bercuti bermula 20 April hingga 25 April.
Terdahulu, Persatuan Astronomi Emirates memaklumkan bahawa hari pertama Raya Aidilfitri dijangka jatuh pada hari Jumaat, 21 April.
“Kemungkinan besar, Ramadan tahun ini adalah selama 29 hari. Hari Raya Aidilfitri dan hari pertama Syawal adalah pada hari Jumaat, 21 April,” kata Ibrahim Al Jarwan, pengerusi lembaga pengarah persatuan itu.
من محطة الفضاء الدولية،
إهداء لعيال سلمان في هذه الليالي المباركة
إهداء لبلاد الحرمين الشريفين، مهبط الوحي وأرض الرسالة، المملكة العربية السعودية. pic.twitter.com/3OQTg4CgXb— Sultan AlNeyadi (@Astro_Alneyadi) April 17, 2023
Sumber: Gulf News
The post Terang & Bercahaya, Angkasawan UAE Kongsi “View” Mekah & Madinah Sempena Lailatul Qadar appeared first on Siakap Keli.
