Terang Betul TV Tu Sampai Oyen Pun Tertipu

24 Mar 2024 • 5:49 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Tangkap layar aksi si oyen juga melompat ke atas bumbung bot, namun gagal kerana ia adalah visual yang kelihatan nyata. - gambar media sosial

Pada zaman serba moden ini, semakin ramai yang memiliki televisyen yang mempunyai ciri-ciri terkini serta menawarkan imej yang nyata dan jelas sehingga kelihatan seperti ‘hidup’.

Bukan saja manusia, malah haiwan kesayangan pun boleh tertipu dengan imej yang jelas dan nyata.

Melalui satu video tular, kelihatan seekor kucing terjatuh selepas cuba melompat ke atas sebuah bot yang disangkakan objek sebenar.

Malangnya bagi si oyen, ia adalah visual dipaparkan televisyen semata-mata. – getaran, 24 Mac 2024

@getaranmy Hancur harapan oyen nak naik bot dan kembara keliling dunia #getaranmy #oyen ♬ The Funny Bassoon - Eitan Epstein Music