
SHAH ALAM, 28 SEPT: Pemimpin harus menerapkan empat sifat wajib Rasulullah SAW bagi menjadi individu berkualiti sekali gus membawa Selangor ke arah lebih maju dan berkebajikan.
Setiusaha Kerajaan Negeri Dato’ Haris Kasim berkata sifat siddiq, amanah, tabligh dan fatonah perlu menjadi asas penting dalam diri pemimpin kerana mampu membentuk masyarakat lebih baik.
“Dalam memenuhi aspirasi kerajaan membentuk Malaysia Madani, empat sifat Rasullullah SAW wajar diterapkan dalam diri setiap pemimpin.
“Pemimpin berkualiti adalah pemimpin yang menekankan nilai tambah daripada empat sifat tersebut. Oleh itu, keperibadian unggul Baginda Rasul ini perlulah dijadikan sebagai ikon pemimpin berperibadi tinggi, yang sentiasa relevan sepanjang zaman,” katanya.

Beliau berucap pada majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini.
Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berangkat hadir ke majlis tersebut selain berkenan menyempurnakan gimik pelancaran Sistem MyRadha’ah secara dalam talian bagi mengenal pasti identiti saudara susuan.

Haris turut mengingatkan barisan pemimpin supaya menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin memandangkan pangkat dan kedudukan bukan perkara yang perlu dibanggakan sebaliknya merupakan satu amanah.
The post Terap empat sifat Rasulullah SAW dalam diri, jadi individu berkualiti appeared first on Selangorkini.


