Terap ESD sejak awal kanak-kanak bentuk generasi lestari

Environment
13 Jul 2026 • 12:30 PM MYT
Bazli Razak
Bazli Razak

Media Officer, Corporate Comm Division, Sultan Idris Edu University (UPSI).

Image from: Terap ESD sejak awal kanak-kanak bentuk generasi lestari
Dr. Raja Nor Safinas (tengah) bergambar kenangan bersama barisan pengurusan tertinggi universiti dan pengunjung pada Seminar Amalan Terbaik Pendidikan untuk Pembangunan Lestari (ESD) Peringkat Awal Kanak-kanak 2026 di Auditorium Utama, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI. Photo credit: UPSI

Pendidikan untuk Pembangunan Lestari (Education for Sustainable Development, ESD) perlu diterapkan sejak peringkat awal kanak-kanak bagi membentuk generasi yang bukan sahaja berilmu, malah memiliki nilai, etika dan rasa tanggungjawab terhadap masyarakat serta alam sekitar.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Profesor Dr. Raja Nor Safinas Raja Harun berkata pendidikan awal kanak-kanak merupakan pelaburan terbaik dalam usaha melahirkan pemimpin masa depan yang mampu memacu pembangunan negara secara mampan.

Beliau berkata kanak-kanak hari ini merupakan bakal pemimpin, saintis, guru, usahawan dan pencetus perubahan, justeru nilai kelestarian perlu dipupuk secara konsisten sejak usia muda.

“Pendidikan bukan lagi sekadar proses menyampaikan ilmu, malah berperanan membentuk generasi yang mempunyai nilai, etika, pemikiran kritis, kreativiti dan rasa tanggungjawab terhadap masyarakat serta alam sekitar.

“Pendidikan untuk Pembangunan Lestari memberi peluang kepada kanak-kanak memahami hubungan antara manusia, alam sekitar, ekonomi dan kesejahteraan sosial, di samping memupuk nilai menghargai alam, menggunakan sumber secara berhemah, bekerjasama, menghormati kepelbagaian serta menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Seminar Amalan Terbaik Pendidikan untuk Pembangunan Lestari (ESD) Peringkat Awal Kanak-kanak 2026 anjuran Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC), UPSI di Auditorium Utama, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Sabtu lalu.

Raja Nor Safinas berkata UPSI menerusi NCDRC akan terus memainkan peranan sebagai peneraju dalam penyelidikan, latihan dan inovasi pendidikan awal kanak-kanak menerusi pelbagai inisiatif yang memperkasakan pendidik serta memperkukuhkan amalan terbaik pendidikan di negara ini.

Pada majlis sama, Raja Nor Safinas turut melancarkan Buku Panduan Pendidikan untuk Pembangunan Lestari (ESD) Peringkat Awal Kanak-kanak, yang dibangunkan sebagai panduan kepada pendidik dalam memperkukuh pelaksanaan pendidikan lestari di institusi pendidikan awal kanak-kanak di seluruh negara.

Image from: Terap ESD sejak awal kanak-kanak bentuk generasi lestari
Para pembentang amalan terbaik Pendidikan dari pelbagai agensi bergambar kenangan pada Seminar Amalan Terbaik Pendidikan untuk Pembangunan Lestari (ESD) Peringkat Awal Kanak-kanak 2026 di Auditorium Utama, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI. Photo credit: UPSI

Sementara itu, Pengarah Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC) UPSI, Profesor Madya Dr. Mazlina Che Mustafa berkata Pendidikan untuk Pembangunan Lestari bukan lagi satu pilihan, sebaliknya menjadi keperluan dalam landskap pendidikan global bagi membentuk generasi yang lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar dan masyarakat.

“Seminar ini menghimpunkan pelbagai pihak yang komited terhadap pembangunan pendidikan awal kanak-kanak dan membuktikan bahawa agenda Pendidikan untuk Pembangunan Lestari semakin mendapat perhatian sebagai usaha membentuk generasi masa depan yang berkualiti.

“Pelancaran Buku Panduan Pendidikan untuk Pembangunan Lestari (ESD) Peringkat Awal Kanak-kanak diharapkan menjadi rujukan kepada para pendidik dalam merancang aktiviti pembelajaran yang lebih bermakna, menyeronokkan dan berimpak tinggi,” katanya.

Seminar berkenaan menghimpunkan guru, pendidik serta pengusaha TASKA dan TADIKA, pegawai daripada agensi kerajaan dan swasta, wakil institusi pengajian tinggi, penyelidik, mahasiswa, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta peserta dari pelbagai negeri bagi berkongsi amalan terbaik pelaksanaan Pendidikan untuk Pembangunan Lestari dalam pendidikan awal kanak-kanak.


Bazli Razak (bazli.razak@upsi.edu.my) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved