
Sehingga ke hari ini masih ada rakyat Malaysia yang memandangkan rendah terhadap pekerja warga asing seperti orang Bangladesh yang datang ke negara ini untuk mencari rezeki.
Tetapi di sebalik kerja yang dipandang rendah dibuat oleh mereka, ramai yang tidak tahu bahawa wang simpanan warga Bangladesh ini ‘mewah’.
Pemuda terkejut baki wang lebih RM300,000!
Baru-baru ini, tular di platform X ciapan seorang lelaki yang mencerita kisahnya membantu warga Bangladesh mengeluarkan duit dari akaun wang simpanannya.

Sumber : New Straits Times Press (M) Bhd
Sebelum membuat pengeluaran, warga asing tersebut meminta individu ini untuk tolong lihatkan baki di akaun terbabit, alangkah terkejutnya pemuda itu apabila melihat baki wang simpanan warga Bangladesh terbabit.
Baki tu dia yang suruh tengok. Bukan aku memandai.
Pekerja Bangladesh pandai jimat cermat
Susulan ciapan terbabit meraih perhatian, rata-rata netizen berpendapat pekerja-pekerja Bangladesh kebanyakannya pandai berjimat cermat dan suka menabung.

Bahkan, mereka banyak berkorban seperti makan makanan yang murah, guna public transport, sanggup berjalan kaki biarpun cuaca panas dan banyak lagi agar dapat simpan lebih duit hasil pekerjaan yang dilakukan.
"Lelaki Melayu Lagi Banyak Biawak Hidup" - Wanita Nikahi Lelaki Bangladesh Jadi Tumpuan, Komen Netizen Pula 'Lain Macam'
The post “Terasa Merempat Kat Negara Sendiri” – Bantu Keluarkan Duit Di Bank, Pemuda Terkejut Baki Wang Pekerja Bangladesh Lebih RM300K first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.



