Terbabit Pelbagai Kesalahan, 127 Pemandu Disaman

18 Jun 2022 • 11:55 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Polis telah mengeluarkan saman ke atas 127 pemandu atas pelbagai kesalahan dalam Ops Motosikal di sekitar Jalan Ampang Indah, awal pagi tadi. - Gambar dari Facebook Friends of Trafik Ampang

KUALA LUMPUR - Bahagian Siasatan dan Pengangkutan Trafik (BSPT) IPD Ampang Jaya mengeluarkan saman terhadap 127 pemandu  atas pelbagai kesalahan  dalam Operasi Bersepadu Cegah Jenayah ( Ops Motosikal), semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner (ACP) Mohammed Farouk Eshak berkata, Ops Motosikal di sekitar Jalan Ampang Indah bermula kira-kira jam 10.30 malam dan berakhir awal pagi tadi .

“Hasil operasi  dijalankan, sebanyak 127 pemandu kenderaan menerima notis saman atas pelbagai  kesalahan.

“Pihak polis turut menyita 11 motosikal atas pelbagai kesalahan termasuk mengubahsuai struktur kenderaan dan ekzos," katanya hari ini.

Beliau berkata, kesemua motosikal terbabit disita di bawah Seksyen 64 Akta Pengguna Jalanraya semasa Op Samseng Jalanan, Op Motosikal/Pelbagai Kesalahan.

“Kami akan terus mempertingkatkan operasi di hujung minggu bagi mencegah dan membanteras sepenuhnya aktiviti samseng jalanan serta menjaga keselamatan pengguna jalan raya,” katanya. - Getaran,18 Jun 2022.