Penyanyi Ismail Izzani mencuri perhatian netizen selepas berkongsi kisah percintaannya bersama seorang wanita Thailand menerusi media sosial.
Dalam perkongsian tersebut, Ismail turut meluahkan rasa bahagia selain mengimbas kembali keberaniannya terbang dari Kuala Lumpur ke Thailand semata-mata untuk membuat kejutan dan meluahkan perasaan terhadap wanita berkenaan.
AdvertisementView this post on Instagram
“Ia satu keputusan yang agak gila untuk saya terbang jauh dari KL ke Thailand hanya untuk mengejutkan awak dan meluahkan perasaan saya tentang hubungan kita.
“Saya tertanya-tanya juga, bagaimana kalau sebenarnya kita tidak berada di halaman yang sama? Tapi alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan saya melalui perjalanan yang sangat indah di Thailand bersama awak, sambil awak menunjukkan kepada saya bagaimana rasanya menjadi sebahagian daripada kehidupan awak,” tulisnya.
Menerusi hantaran di TikTok, pelantun lagu Luar Biasa itu turut berkongsi beberapa keping gambar bersama kekasihnya termasuk kenangan ketika mereka menyambut Ramadan bersama.
Bersyukur Rasa Disayangi Dan Dihormati
Dalam pada itu, Ismail turut mengucapkan terima kasih kepada kekasihnya kerana membuatkan dirinya memahami erti disayangi serta dihormati dalam sesebuah hubungan.
View this post on Instagram
Menurutnya, kehadiran wanita tersebut turut membantu mengeluarkan sisi terbaik dalam dirinya, selain hadir ketika dia sedang berusaha untuk meneruskan kehidupan tanpa terus dibelenggu kisah silam.
“Terima kasih kerana menunjukkan kepada saya bagaimana rasanya untuk disayangi dan dihormati. Awak mengeluarkan sisi terbaik dalam diri saya dan muncul ketika saya cuba untuk move on agar tidak lagi hidup dalam masa lalu.
“Mungkin saya tidak cukup kerap mengatakannya, tetapi saya sentiasa bangga dengan awak. Awak telah menunjukkan kepada saya banyak perkara indah dalam kehidupan,” katanya.
Lebih romantis, Ismail menyifatkan kehadiran kekasihnya dalam kehidupan sebagai sesuatu yang memberikan ketenangan buat dirinya.
“Terima kasih kerana hadir dalam hidup saya. Mencintai awak terasa begitu tenang,” ujarnya.
Perkongsian mengenai hubungan tersebut kemudiannya menarik perhatian netizen yang mengikuti perkembangan kehidupan peribadi penyanyi berkenaan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

“Siapa Cakap Saya Tak Ada Duit?” – Fazley Nafi 'Menempel' Dengan Dato Seri Vida Kerana Harta
The post Terbang Dari KL Ke Thailand Demi Luah Perasaan, Ismail Izzani Dedah Kisah Cinta Dengan Wanita Thailand first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

