Terbang lebih murah dengan Malaysia Airlines, dari RM89 sehala dan diskaun 20% pakej sampingan

29 Nov 2022 • 2:20 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

AirAsia banyak mengadakan promosi penerbangan sekarang. Tetapi jika anda lebih gemar terbang dengan syarikat penerbangan lain, Malaysia Airlines kini mengadakan jualan akhir tahun. Diskaun sehingga 35% diberikan untuk penerbangan domestik dan antarabangsa, serta pelbagai tawaran menarik lain turut disediakan.

Jualan Akhir Tahun Malaysia Airlines bermula dari hari ini, 29 November sehingga 12 Disember 2022. Penerbangan pula dari hari ini sehingga 31 Ogos 2023.

image is not available

Untuk laluan domestik, Malaysia Airlines menawarkan tiket Economy Lite dari serendah RM89 sehala untuk penerbangan di dalam Semenanjung Malaysia, dan dari RM99 sehala bagi penerbangan di antara Sabah dan Sarawak. Bagi penerbangan Semenanjung ke Sarawak, harganya dari RM129 sehala. Manakala Semenanjung ke Sabah, RM179 sehala. Perlu diambil perhatian, tiket Economy Lite adalah tiket termurah yang membenarkan bagasi kabin 7kg dan tiada bagasi daftar masuk.

image is not available
Promosi penerbangan domestik

Bagi penerbangan antarabangsa, laluan ke ASEAN dengan Basic Ekonomi dan tambang penuh, ditawarkan dari serendah RM279 ke Medan, RM299 ke Singapore dan RM369 ke Phuket. Tiket Basic Ekonomi turut memberikan bagasi daftar masuk 20kg dan kemudahan menukar tarikh atau pengembalian wang dengan bayaran.

Penerbangan lebih jauh pula, Malaysia Airlines menawarkan tiket dari RM1,119 ke Kochi, RM1,399 ke Taipei, RM2,899 ke Sydney, RM3,099 ke Tokyo dan RM4,099 ke Auckland. Destinasi lain yang turut ditawarkan adalah Hong Kong, Seoul dan London.

Tawaran selain tiket penerbangan

Bagi memberikan pengalaman terbang yang lebih selesa, Malaysia Airlines turut menawarkan diskaun untuk beberapa penambahan. Bagi kelas Ekonomi, diskaun 20% diberikan untuk Pemilihan Tempat Duduk, Bagasi Tambahan, Pek Nilai, Akses Golden Lounge dan Pek Premium. Pada Kelas Perniagaan pula, nikmati diskaun 20% untuk Bagasi Tambahan.

Penumpang juga digalakkan untuk mendapatkan insuran perjalanan. Malaysia Airlines ada menawarkan pakej insuran dan takaful MHinsure dan untuk jualan ini, diskaun 20% diberikan dengan kod promosi ‘YES2022‘. Pastikan ia dimasukkan sebelum bayaran dibuat.

image is not available

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Jualan Akhir Tahun Malaysia Airlines.

Bacaan Berkaitan