Terberak Dalam Seluar, Peminat Mohon Maaf Susahkan Orang Ramai Hidu Bau

20 Feb 2024 • 7:55 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kecoh di media sosial apabila seorang peminat dikatakan secara tidak sengaja ‘terberak’ dalam ketika di Anugerah Muzik Hanteo 2024 di Dongdaemun Design Plaza, Korea Selatan, baru-baru ini.

Peminat ‘terberak’ dalam seluar

Difahamkan, individu yang juga peminat tidak tahan untuk membuang air besar sehingga ‘terberak’ dalam seluar ketika sesi bertemu dengan barisan penyanyi.

Beberapa gambar dan video juga turut tular sehingga menerima pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.

Difahamkan, perkara tersebut hanya disedari selepas para penonton yang berada di bahagian berdiri terhidu bau busuk sebelum memanggil pengawal bertugas untuk memeriksa.

Situasi tersebut juga telah menyebabkan orang ramai termasuk selebriti yang berada di dewan berkenaan terpaksa menekup hidung serta mulut sehingga persembahan selesai.

image is not available

Minta maaf ‘berak’ dalam seluar

Susulan insiden tersebut, seorang individu mengaku bahawa dirinya adalah punca berlakunya kekecohan tersebut telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada orang.

Maklum individu berkenaan, dia juga bersedia untuk membayar kos mendobi sekrianya terdapat kesan najis pada pakaian penonton yang hadir majlis tersebut.

“Hello. Saya adalah orang yang membuang air besar di dalam seluar di Anugerah Muzik Hanteo. Saya menyedari bahawa ramai orang telah menderita kerana saya semasa saya melihat melalui Twitter.
“Saya minta maaf kerana menyusahkan ramai orang. Saya akan mengingati kejadian hari ini. Saya minta maaf sekali lagi kerana merosakkan hari yang baik,”ciapnya.

 

Sumber: X Sunyeo511698Vip