Terbongkar! Dashcam Rakam Nissan Navara Sedang Berlumba Sebelum Langgar Lari Motosikal

LocalCars
12 May 2025 • 6:45 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Navara langgar motor

Netizen dikejutkan dengan rakaman dashcam memaparkan aksi dua trak pacuan empat roda dipercayai berlumba sebelum kejadian langgar lari yang meragut nyawa berhampiran Plaza Tol Jalan Duta.

Menurut laporan mStar, video yang kini tular di Facebook Traffic Info Crew menunjukkan sebuah Nissan Navara dipandu laju, diikuti rapat Mitsubishi Triton, dipercayai sedang berlumba di lorong kiri.

Netizen dedah ‘putar alam’ dalam laporan awal?

image is not available

Rakaman itu mencetuskan kemarahan orang ramai apabila dakwaan awal menyalahkan mangsa yang didakwa memasuki laluan kenderaan tersebut.

Lain macam putar alam! Jelas dalam video dia cilok sana sini sebelum langgar mangsa.

Netizen juga menyuarakan harapan agar lebih ramai saksi dan bukti video tampil membantu siasatan.

Polis sahkan siasatan masih dijalankan

image is not available

Menurut Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa, pihak polis masih menjalankan siasatan sama ada kenderaan Nissan Navara yang dirakam itu adalah kenderaan sama dalam insiden langgar lari yang berlaku baru-baru ini.

Pssttt! Ingat, jalan raya bukan tempat berlumba. Satu nyawa hilang kerana kelalaian boleh menghantui seumur hidup. Jangan jadi pemandu yang pentingkan diri.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

The post

appeared first on

.