Terbongkar Lori Berat Yang Ada Pelekat ‘Perlindungan’ Ini Boleh Lepas Sekatan Jalan Raya Walaupun Langgar Undang-Undang

LocalPolitics
14 Jan 2025 • 11:59 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Pelekat

Dalam operasi penguatkuasaan trafik, sebuah sindiket licik dikesan menjual pelekat “perlindungan” kepada pengendali lori berat bagi mengelak denda dan pemeriksaan.

Pelekat yang dijual serendah RM1,000 ini berfungsi sebagai pasport imuniti dan memberi laluan kepada lori walaupun melanggar peraturan seperti membawa muatan berlebihan. 

Menurut laporan Utusan Malaysia, pelekat tersebut dilengkapi kod unik dan simbol khas bagi memudahkan pegawai penguatkuasa rasuah mengenal pasti kenderaan yang telah membayar “perlindungan.”

Sindiket pelekat untung besar, pemandu jadi mangsa

image is not available

Seorang wakil pemandu lori mendedahkan sindiket ini dipercayai melibatkan pihak dalam agensi penguatkuasaan.

Sindiket boleh dapat RM10,000 sebulan daripada seorang pengendali lori. Kalau ada 10 lori, itu RM100,000. Kalau 10 pengendali dalam satu kawasan, keuntungan mereka mencecah jutaan ringgit.

Namun, imuniti pelekat ini tidak mutlak. Jika lori beroperasi di luar kawasan pelekat itu, pemandu perlu “berunding” semula dengan sindiket di kawasan baharu.

Operasi licik bertahun-tahun

image is not available

Menurut sumber, pelekat ini lebih “efisien” berbanding penggunaan tonto (pemberi maklumat haram) kerana memberikan imuniti penuh. Lori yang memiliki pelekat ini dapat melepasi sekatan jalan raya tanpa masalah walaupun melanggar undang-undang.

Namun, perkhidmatan ini hanya melibatkan lori berat seperti treler dan lori tipper. Kenderaan lain seperti teksi dan kenderaan persendirian tidak terlibat.

Simbol pelekat adalah bukti kegiatan haram

image is not available

Pelekat ini sering dihiasi simbol seperti burung helang bersama kod khas. Jika anggota sindiket atau pegawai melihat pelekat tersebut, mereka tahu lori itu telah membayar untuk imuniti.

Kalau lori dari Klang masuk ke Petaling Jaya, pelekat Klang tak laku. Mereka perlu bayar sindiket PJ pula.

#OhmediaNasihat

Rasuah dalam sektor pengangkutan bukan hanya melanggar undang-undang, tetapi juga membahayakan pengguna jalan raya. Ketegasan pihak berkuasa dalam membasmi sindiket ini sangat penting. Laporkan sebarang kegiatan mencurigakan bagi memastikan keselamatan dan keadilan untuk semua.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Utusan Malaysia