Terbuka untuk semua, Majlis MARA lulus dasar pengurangan bayaran balik pinjaman pelajaran- Asyraf Wajdi

LocalPersonal Finance
25 Jun 2025 • 5:55 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Peminjam Majlis Amanah Rakyat (MARA) diseru supaya tidak melepaskan peluang untuk menikmati pengurangan bayaran balik pinjaman pelajaran yang kini dibuka kepada semua.

Pengerusi MARA, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, dasar pengurangan tersebut telah dipersetujui dan diluluskan oleh Majlis MARA, justeru beliau menggesa agar peminjam bertindak segera.

image is not available

Foto: BERNAMA

“MARA menawarkan dasar pengurangan bayaran balik pinjaman pelajaran. Terbuka untuk semua. Jangan lepaskan peluang,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial hari ini.

image is not available

Majlis MARA lulus dasar pengurangan bayaran balik pinjaman pelajaran

Menurutnya, permohonan boleh dibuat menerusi portal e-conversion atau dihantar melalui emel kepada penguranganbkk@mara.gov.my.

“Hubungi careline Bahagian Kawalan Kredit MARA untuk maklumat lanjut 03-40108800 / 8801 / 8802,” katanya.

image is not available

Inisiatif itu dilihat sebagai langkah meringankan beban kewangan peminjam, selaras dengan usaha MARA memperkukuh akses pendidikan dan pembangunan modal insan bumiputera di negara ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved