“Terburu-Buru Pakai Kasut, Kami Terpisah..” – Ardell Aryana Lalui Detik Cemas, Kapal Misi Kemanusiaan Ke G*** Dihampiri Dron

WorldEntertainment
4 Sep 2025 • 11:19 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui laporan mStar, pelakon dan aktivis kemanusiaan iaitu Ardell Aryana berkongsi detik cemas yang dihadapi oleh pasukan misi kemanusiaan ke Gaza, selepas dihampir oleh sebuah dron pada malam Khamis.

Dron berada atas kepala

Menurut Ardell atau nama sebenarnya, Nurul Hidayah Mohd Amin, kejadian tersebut berlaku kira-kira pada jam 10.26 malam sehinggakan mereka dipaksa untuk keluar dalam keadaan tergesa-gesa susulan arahan kapten kapal.

Pukul 10.26 malam, kami terpaksa terburu-buru pakai kasut untuk keluar sebab ada dron atas kepala kami. Doakan kami supaya kapal dinaiki dapat meneruskan misi. Kami diminta oleh kapten untuk sediakan pasport dan naik ke atas kapal.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Musa Nuwayri (@musanuwayri)

Dalam pada itu, pelakon tersebut yang mewakili Cinta Salam Malaysia berkata dron berkenaan dipercayai datang sebagai pemantauan dan berlegar tepat di atas bot yang membawa peserta misi kemanusiaan itu.

Nak lemahkan peserta misi kemanusiaan

Kami percaya ia hanyalah dron pemantau dari negara-negara terdekat. Apapun, menghantar dron ke arah kapal yang membawa misi kemanusiaan adalah bentuk psikologi untuk melemahkan para peserta.

Tambahan lagi, Ardell juga sempat menitipkan doa buatnya serta pasukan yang lain untuk kekal kuat tempuhi cabaran sepanjang misi kemanusiaan ini berlangsung.

image is not available 2025-08-28 14:39:39

Momen Terakhir Yusuf Bahrin & Zizi Kirana Sebelum Pergi Gaza Buat Peminat Sebak, Kongsi Foto Genggam Tangan - "Sampai Ke Syurga Allah"