Tercedera Ketika Flight Ke Sibu, Wanita Puji Krew Kabin Air Asia Berjaya Kawal Keadaan Dengan Baik

15 Mar 2023 • 11:50 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Keadaan berjaya dikawal dengan tenang dan baik.

Tercedera Ketika Flight Ke Sibu, Wanita Puji Krew Kabin Air Asia Berjaya Kawal Keadaan Dengan Baik. Malang memang tak berbau, kadang-kadang kita tidak dapat menjangkakan jika ada sesuatu musibah yang berlaku ke atas diri kita.

Perkongsian dari TikTok seorang wanita @airinridza baru-baru ini di mana dirinya berkongsi pengalamannya tercedera ketika menaiki penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sibu.

image is not available
Tercedera Ketika Flight Ke Sibu, Wanita Puji Krew Kabin Air Asia Berjaya Kawal Keadaan Dengan Baik. Sumber foto: TikTok @airinridza

Tercedera di bahagian lutut

Dalam video berkenaan, wanita tersebut mengatakan bahawa dirinya tercedera di bahagian lutut sebelum penerbangannya itu. Kecederaannya itu telah membuat penerbangan berkenaan terpaksa ditunda selama 30 minit.

Walaupun berdepan dengan situasi cemas berkenaan, wanita itu berkata para pekerja penerbangan Air Asia tersebut tenang dalam membantu dirinya yang berada di dalam kesakitan.

image is not available
Sumber foto: TikTok @airinridza

image is not available
Sumber foto: TikTok @airinridza

Berjaya kawal keadaan dengan tenang

Katanya lagi, krew kabin Air Asia tersebut mengawal keadaan dengan sangat tenang dan penuh profesionalisme serta membantunya untuk mengatur semula jadual penerbangannya.

Tindakan krew kabin itu telah membuatkan dirinya berasa amat bersyukur dan ingin berterima kasih dengan semua pihak yang telah membantunya.

Apapun, tahniah kepada krew kabin AirAsia yang telah berjaya mengawal situasi ini dengan baik dan semoga cepat sembuh diucapkan kepada @airinridza!

Lagi cerita menarik di sini: