Terdengar ‘Bisikan’ Arwah Ibu, Azwan Ali Menangis Umum Tarik Diri Daripada Bertanding

Politics
5 Nov 2022 • 10:41 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pengacara sensasi negara, Azwan Ali sebelum ini memaklumkan dia bakal bertanding menentang abangnya, Azmin Ali di Parlimen Gombak sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.

Namun, pagi ini Azwan membuat pengumuman mengejutkan ketika berada di pusat penamaan calon di mana dia yang mesra dipanggil Diva AA itu maklumkan bahawa akan menarik diri daripada bertanding.

image is not available

Pengacara berusia 56 tahun itu mengumumkan perkara tersebut selepas tiba di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu serta turut menyatakan sokongannya terhadap wakil Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Amirudin Shari.

Jelasnya dia terdengar bisikan arwah ibunya dikenali sebagai Mak Tom dan membuat keputusan untuk tidak melawan abangnya di parlimen yang sama selepas subuh hari ini.

Tak kisahlah orang nak cakap merepek atau tahyul, itu mak aku. Bukan mak kau. Apa pun saya menyokong calon PH, Datuk Seri Amiruddin Shari.

Rakaman temu bual Azwan bersama pihak wartawan meraih perhatian ramai di media sosial apabila dia dilihat menangis ketika menerangkan tentang bisikan didengarinya daripada arwah Mak Tom.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 5 hari lalu

"Datin Lubang Foo*ey!" - Dah Tua Masih Tak Pakai Tudung, Azwan Ali Kutuk Datin Marlia Musa