Terdengar ‘Bisikan’ Arwah Ibu Selepas Solat Subuh, Azwan Ali Tarik Diri Dari Bertanding

Politics
5 Nov 2022 • 10:12 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Semalam kecoh dengan pengumuman dibuat pengacara sensasi negara, Azwan Ali yang mendedahkan bakal bertanding menentang abangnya, Azmin Ali di Parlimen Gombak sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

Namun begitu, sewaktu berada di pusat penamaan calon sekitar pagi tadi, Azwan Ali atau lebih mesra dipanggil Diva AA mengumumkan bahawa akan menarik diri dari bertanding.

image is not available

Memetik laporan daripada Utusan, Azwan mengumumkan perkara tersebut ketika tiba di pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu sambil menyatakan sokongannya terhadap wakil Pakatan Harapan (PH) iaitu Datuk Seri Amirudin Shari.

Saya membuat keputusan untuk menarik diri daripada bertanding selepas mendengar bisikan daripada Allahyarham mak, Mak Tom. Keputusan ini dibuat selepas subuh tadi.

Tak kisahlah orang nak cakap merepek atau tahyul, itu mak aku. Bukan mak kau. Apa pun saya menyokong calon PH, Datuk Seri Amiruddin Shari.

Dalam pada itu, Diva AA dengan tegasnya menyatakan bahawa dia pasti akan menyertai parti Pakatan Harapan (PH) sekiranya Datuk Seri Anwar ditabalkan sebagai Perdana Menteri yang baru.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media