Terdesak perlu duit rawatan, pakcik bertongkat ke kedai mahu jual telefon

LocalEntertainment
24 Dec 2024 • 1:16 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Tular di media sosial video memaparkan seorang warga emas yang mahu jual telefon bimbitnya bagi membayar kos rawatan kakinya, namun ditolak malahan pemilik kedai tersebut menghulurkan wang bagi membantunya.

Menerusi satu perkongsian di TikTok, bosslee_oe telah memuat naik satu video memaparkan seorang warga emas yang menggunakan tongkat dari batang kayu datang ke kedainya.

Pakcik bertongkat terdesak mahu jual telefon

@bosslee_oe

Hari ini, saya mengalami satu kejadian yang sangat menyentuh hati. Seorang pelanggan datang ke kedai saya dengan membawa Xiaomi 13 untuk dijual. Selepas bertanya, barulah saya tahu bahawa dia ingin menjual telefonnya untuk mendapatkan wang bagi merawat kakinya. Kakinya mengalami luka yang teruk akibat diabetes, dan dia tidak ada pilihan lain selain menjual telefonnya untuk mendapatkan rawatan. Apabila mendengar kisahnya, air mata saya hampir mengalir. Akhirnya, saya berkata kepadanya, “Jangan jual telefon awak. Saya akan beri awak wang untuk merawat kaki awak.” Pada saat itu, dia menangis teresak-esak mendengar apa yang saya katakan. Saya juga memberitahunya bahawa jika dia menghadapi kesulitan, dia boleh datang ke kedai saya atau hubungi saya bila-bila masa. Sebenarnya, masih ramai orang di luar sana yang memerlukan bantuan. Saya hanya mampu membantu setakat kemampuan saya. Semoga sahabat ini diberi kesembuhan dan kesejahteraan.

♬ 原聲 - Boss Lee_oe

Menurut bosslee_oe, warga emas tersebut telah datang ke kedainya untuk menjual telefon pintar jenis Xiaomi 13 bagi menampung kos rawatan kakinya.

“Seorang pelanggan datang ke kedai saya dengan membawa Xiaomi 13 untuk dijual. Selepas bertanya, barulah saya tahu bahawa dia ingin menjual telefonnya untuk mendapatkan wang bagi merawat kakinya.

“Kakinya mengalami luka yang teruk akibat diabetes, dan dia tidak ada pilihan lain selain menjual telefonnya untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

image is not available

Pemilik kedai itu tersentuh hati dan hampir menitiskan air mata selepas mendengar kisah warga emas itu, lalu mengambil keputusan untuk tidak menerima telefon itu untuk dijual.

Namun begitu, pemilik kedai tersebut telah memberikannya wang bagi menampung kos rawatan kakinya disamping turut meminta warga emas itu untuk menghubunginya sekiranya dia menghadapi masalah sama di masa hadapan.

“Apabila saya mendengar kisahnya, air mata saya hampir mengalir. Akhirnya saya berkata kepada dia, ‘jangan jual telefon awak. Saya akan beri awak wang untuk merawat kaki awak’.

“Pada saat itu, dia menangis teresak-esak mendengar apa yang saya katakan. Saya juga memberitahu dia, jika dia menghadapi kesulitan, dia boleh datang kedai saya atau hubungi saya bila-bila masa,” ujarnya.

Awalnya, warga emas itu enggan menerima bantuan daripada pemilik kedai tersebut, namun tangannya dicapai dan wang tersebut diletakkan ke dalam genggamannya.

Pada video itu juga, kelihatan pemilik kedai itu memasukkan nombornya ke dalam telefon warga emas itu agar dia dapat dihubungi dengan mudah.

Pakcik mahu jual telefon ditolak, terima pula duit dari pemilik kedai

image is not available

Dalam pada itu, warga emas itu juga kelihatan sangat bersyukur dengan bantuan yang telah dia terima dan memegang telefon bimbitnya sambil menunduk-nunduk.

Tidak cukup dengan itu, pemilik kedai itu juga membantu warga emas itu untuk membuka pintu kedainya ketika dia sudah mahu berlalu pergi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya memuji tindakan baik daripada pemilik kedai tersebut dan berkata mahu menyokong perniagaannya.

Kedai kat mana? Nanti netizen boleh tolong support

image is not available

Nangis tengok pakcik terdesak mahu jual telefon

image is not available

Tahniah bos

image is not available

Pakcik tu terdesak mahu jual telefon, terima kasih orang baik

image is not available

image is not available

Kesiannya, tongkat yang dia pakai pun batang kayu biasa je……

Sumber: TikTok bosslee_oe