Terengganu akan teliti undang-undang syariah negeri agar tidak bercanggah dengan Persekutuan – Ahmad Samsuri

LocalPolitics
13 Feb 2024 • 7:10 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar menyatakan kerajaan negeri Terengganu akan meneliti semua aspek dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah di negeri itu supaya tidak bercanggah dengan peringkat persekutuan.

Penelitian itu katanya merangkumi semua aspek berdasarkan kepada keputusan Mahkamah Persekutuan pada Jumaat mengisytiharkan 16 kesalahan syariah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019, terbatal dan tidak sah.

“Kerajaan negeri juga akan mengambil tindakan sewajarnya jika terdapat pihak yang ingin mencabar Enakmen Kanun Jenayah Syariah,” katanya.

Dalam pada itu, Samsuri berkata keputusan Mahkamah Persekutuan lalu telah memberi impak negatif kepada sistem perundangan syariah di seluruh negeri, bukan sahaja di Kelantan.

Terdahulu,panel lapan hakim yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat membenarkan petisyen dikemukakan peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya, Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman.

Tengku Maimun dalam penghakiman panel berkata, mahkamah membenarkan petisyen itu kerana Dewan Undangan Negeri (DUN) membuat undang-undang yang ia tidak mempunyai kuasa untuk membuatnya.

Keputusan berkenaan dicapai melalui penghakiman majoriti 8-1 di mana Hakim Besar Sabah dan Sarawak Abdul Rahman Sebli, membuat keputusan berbeza.