Terengganu bakal tubuh majlis halal

LocalBusiness & Finance
9 Jul 2025 • 10:37 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ariffin (tengah) bergambar bersama peserta pada Majlis Penutup Program Kesedaran Halal Negeri Terengganu 2025 dan Penyerahan Cek Tuhas Kali Ke2/2025 di Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) di Kuala Terengganu pada Rabu.

 

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Negeri Terengganu bakal menubuhkan Majlis Halal Terengganu (MHT) bagi memperkukuh pembangunan industri dan memudahkan urusan pensijilan halal dalam kalangan usahawan tempatan.

Exco Keusahawanan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna Terengganu, Datuk Ariffin Deraman berkata penubuhan MHT telah dipersetujui pada peringkat awal dan akan dibawa ke Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri dalam masa terdekat untuk kelulusan rasmi.

"Kita sudah mengadakan beberapa mesyuarat dan merangka pelan strategik tersendiri bagi menjayakan inisiatif ini.

"MHT juga akan melibatkan pembinaan hab halal atau Halal Park yang lebih terancang bagi menyokong pembangunan industri berkenaan. Kita sedang mengenal pasti beberapa lokasi termasuk di enam kawasan Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD) Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) untuk diangkat kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Kesedaran Halal Negeri Terengganu dan Penyerahan Cek Skim Tabung Usahawan Terengganu Sejahtera (Tugas) Kali Kedua 2025 di sini pada Rabu. - Bernama

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved