Terengganu berkabung, bonda Sultan Mizan Zainal Abidin mangkat

4 Aug 2023 • 10:39 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

NEGERI Terengganu Darul Iman berduka dan berkabung selama lima hari apabila bonda kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, iaitu Tengku Besar Terengganu Fatimah @ Sharifah Nong Alsagoff Abdillah kembali ke rahmatullah.

Tengku Besar Terengganu Fatimah@Sharifah Nong Alsagoff Abdillah mangkat di Kuala Lumpur pada 3.17 pagi, 3 Ogos 2023.

image is not available

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Mohd Sophian Abu Bakar dalam satu kenyataan berkata, jenazah Allahyarham dibawa dari Kuala Lumpur ke Terengganu dengan menggunakan pesawat khas.

image is not available

Jenazah Allahyarham kemudian dibawa ke Istana Al-Muktafi Billah Shah, Ladang, Kuala Terengganu untuk penghormatan terakhir dan urusan pemakaman.

image is not available

Jenazah Allahyarham dimakamkan di Makam Diraja Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang.

image is not available

image is not available

image is not available

Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berkenan berangkat memberi penghormatan terakhir.

image is not available

image is not available

Menurut Mohd Sophian, Tuanku Mizan Zainal Abidin memperkenankan tempoh berkabung selama lima hari.

image is not available

“Majlis tahlil akan diadakan selama lima malam berturut-turut di Balai Islam, Istana Syarqiyyah,” katanya.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu Pengurusan Majlis Dan Protokol memaklumkan perisytiharan perkabungan selama lima hari bermula 3 Ogos dan berakhir pada 7 Ogos 2023.

image is not available

Selain itu, segala perhimpunan ramai dan majlis atau acara-acara anjuran kerajaan dan bukan kerajaan yang berunsurkan hiburan ditegah diadakan di seluruh negeri Terengganu Darul Iman dalam tempoh perkabungan.

image is not available

Terdahulu, pada 4 Julai, adinda Sultan Mizan Zainal Abidin, iaitu Tengku Norhana Sultan Mahmud, 59, mangkat pada 4.52 pagi di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

 

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube, Tiktok SinarPlus & Threads @sinarplus@threads.net. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang