Terengganu catat 11 kes kematian akibat tibi setakat ini

LocalHealth & Fitness
15 May 2025 • 5:30 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
11 kematian akibat penyakit tibi direkodkan di Terengganu dalam tempoh Januari hingga semalam, melibatkan pesakit dewasa yang gagal mendapatkan rawatan awal. Gambar hiasan

KUALA BERANG - Sebelas kematian akibat penyakit tuberkulosis atau tibi direkodkan di Terengganu dalam tempoh Januari hingga semalam, melibatkan pesakit dewasa yang gagal mendapatkan rawatan awal.

Pengarah Kesihatan Terengganu, Datuk Dr Kasemani Embong berkata, 210 kes baharu tibi direkodkan setakat ini, menurun empat kes berbanding tempoh sama tahun lepas.

"Pada 2024, sebanyak 632 kes baharu tibi direkodkan, menurun 6.9 peratus berbanding 679 kes pada tahun sebelumnya.

"Namun kita tidak boleh berasa lega kerana terdapat 26 kematian akibat lambat mendapatkan rawatan tahun lepas,” katanya pada sambutan Hari Malaria, Hari Kesihatan dan Hari Tibi Sedunia Peringkat Negeri Terengganu 2025 di sini hari ini.

Beliau meminta supaya mereka yang mempunyai gejala kesihatan yang berkaitan membuat saringan awal bagi mengesan penyakit itu.

Mengulas mengenai malaria, Dr Kasemani berkata hanya tiga kes dilaporkan di Terengganu setakat ini, dengan dua melibatkan malaria zoonotik dan satu malaria manusia (kategori import) di Kemaman, Hulu Terengganu dan Setiu. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved