Terengganu disaran tidak ikut jejak Kelantan dan Kedah eksploit balak sebagai sumber kewangan utama

Opinion
25 Jul 2022 • 9:00 AM MYT
Syaiful Irfan Anang
Syaiful Irfan Anang

Pengerusi NGO Gerakan Ekonomi Melayu Prihatin Rakyat Terengganu ( GEMPUR )

Image from: Terengganu disaran tidak ikut jejak Kelantan dan Kedah eksploit balak sebagai sumber kewangan utama

Terengganu disaran tidak ikut jejak negeri Kelantan dan Kedah untuk eksploit balak sebagai sumber kewangan utama.

Negeri Terengganu adalah bumi bertuah yang kaya dengan pelbagai jenis hasil bumi dan mendatangkan keuntungan yang lumayan kepada hasil kerajaan negeri. Tambahan lagi, pemberian wang royalti daripada kerajaan pusat yang berjumlah lebih 1.2 bilion ringgit setiap tahun adalah sepatutnya mencukupi untuk menampung segala kos pengurusan. Namun baru-baru ini, kita masih lagi dengar bahawa Terengganu masih memerlukan peruntukan tambahan lebih 1.5 bilion ringgit daripada kerajaan pusat untuk menyelesaikan pelbagai masalah termasuk masalah air.

Saya khuatir negeri Terengganu akan mengambil jalan pintas untuk mencari wang segera dengan menebang dan menjual balak seperti di negeri Kedah dan Kelantan .

Kita dapat lihat beberapa siri banjir besar yang telah berlaku di beberapa negeri yang disebabkan oleh pembalakan yang tidak terkawal. Memang benar balak adalah merupakan suatu perniagaan yang boleh menjana keuntungan yang besar, namun implikasinya adalah sangat membebankan apabila melibatkan seluruh penempatan ditenggelami air dengan cepat jika berlaku hujan yang berterusan.

Pembangunan pusat-pusat kesiagaan banjir pula tidak kelihatan sama sekali. Selama 4 tahun ini, tidak ada satu pun dasar pembangunan baru untuk menangani krisis banjir yang diperkenalkan untuk kegunaan dan manfaat rakyat walaupun hampir setiap tahun negeri ini dilanda banjir dengan teruk.

Dengan kadar pengangguran yang semakin meningkat dan peluang pekerjaan yang dijanji didalam manifesto pas ketika PRU-14 tidak dilaksanakan, maka saya khuatir kerajaan negeri akan membuat jalan pintas dengan berniaga balak pula bagi menjana ekonomi kerajaan negeri.

Justeru saya ingin bertanya, adakah YAB MB Terengganu mempunyai cita-cita untuk mengikut jejak langkah negeri Kelantan dan Kedah? Hal ini kerana sehingga hari ini saya tidak dapat mengenal pasti apa sebenarnya pelan ekonomi yang direncanakan oleh beliau untuk memacu ekonomi negeri Terengganu demi kelansungan rakyat dimasa akan datang.

Syaiful Irfan Anang

Presiden NGO Gempur

Gerakan Ekonomi Melayu Prihatin Rakyat

Terengganu

22hb Julai 2022

Image from: Terengganu disaran tidak ikut jejak Kelantan dan Kedah eksploit balak sebagai sumber kewangan utama


Syaiful Irfan Anang adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav.

Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang! 

Newswav adalah platform pengagregatan dan semata-matanya mengehoskan kandungan. Pandangan yang dinyatakan dan kandungan di atas termasuk media (gambar, video, dan lain-lain) adalah dimuatnaik oleh pengarang. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.