Terengganu Melancarkan “Portal Jodoh Darul Iman” – Portal Untuk Mencari Pasangan Hidup

Digital
6 Aug 2025 • 5:39 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kerajaan Negeri Terengganu hari ini secara rasminya telah memperkenalkan Portal Jodoh Darul Iman, sekaligus memudahkan mereka yang bujang, serta ibu atau bapa tunggal Muslim di Terengganu menggunakannya dalam mencari pasangan hidup.

image is not available

Portal Jodoh Darul Iman ini menyasarkan mereka yang berumur 18 tahun ke atas, beragama Islam, dan yang masih bujang, duda atau janda. Seperti biasa, pengguna diingatkan tidak berkongsi atau dedahkan maklumat peribadi terlalu awal, dan tidak membuat transaksi kewangan. Semua pendaftaran juga akan disaring terlebih dahulu sebelum boleh menggunakan perkhidmatan berkenaan. Ia juga turut dilarang keras dalam menggunakan kata-kata lucah, menipu status perkahwinan, dan tidak bertemu calon secara berdua-duaan tanpa mahram.

Bagi anda yang menetap di Terengganu, dan ingin mencari pasangan hidup, boleh menyemak Portal Jodoh Darul Iman hari ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved