Terengganu rekod 662 kes jenayah komersial

27 Jul 2022 • 9:00 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA TERENGGANU - Sebanyak 662 kes jenayah komersial dilaporkan di seluruh negeri bermula Januari hingga Jun tahun ini, kata Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa.

Menurut Rohaimi jenayah penipuan dalam talian menyumbang kepada bilangan kes tertinggi iaitu Macau Scam, sebanyak 143 kes.

"Terdapat peningkatan kes apabila sebanyak 662 kes dilaporkan dalam tempoh enam bulan tahun ini berbanding 582 kes sepanjang tahun lepas," katanya dalam ucapan yang dibacakan oleh Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (KJPKK), Asisten Komisioner Noor Halim Nordin.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Kempen Anti-Scam Polis Diraja Malaysia (PDRM) Peringkat Kontinjen Negeri Terengganu pada petang Selasa.

Justeru, Rohaimi menasihatkan orang ramai supaya lebih berwaspada dan berhati-hati bagi mengelak ditipu sindiket yang menggunakan pelbagai modus operandi untuk memperdaya mangsa.

"Menerusi kempen anti-scam kali ini, pelbagai taktik terbaharu sindiket penipuan didedahkan kepada masyarakat bagi memastikan orang ramai lebih berwaspada," katanya.

- Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved