Teresa nafi keluarkan kenyataan sijil halal untuk babi adalah wajar

LocalPolitics
14 Jan 2026 • 5:24 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Hantaran memaparkan tajuk berita ' Sijil halal untuk babi adalah wajar' yang tular di media sosial.

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok menafikan dakwaan yang tular di media sosial berhubung kenyataan kewajaran sijil halal untuk babi.

Teresa menerusi laman Facebook menegaskan beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Menurutnya, hantaran tersebut merupakan satu fitnah dan berita palsu.

"Saya dilemparkan fitnah lagi! Tolong sebar imej ini dan tolak berita palsu.

"Saya tidak pernah buat kenyataan ini," jelasnya pada Rabu.

Beliau berkata demikian selepas tular hantaran yang memaparkan tajuk berita ' Sijil halal untuk babi adalah wajar' - Teresa Kok'.