Tergamak Bunuh Adik Kandung, Bekas Pemain Ragbi Sabah Berdepan Hukuman Mati

14 May 2023 • 9:33 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tertuduh telah membunuh adik kandungnya sendiri.

Tergamak Bunuh Adik Kandung, Bekas Pemain Ragbi Sabah Berdepan Hukuman Mati. Dilaporkan bahawa, seorang bekas pemain ragbi Sabah yang masih aktif bermain bersama sebuah kelab tempatan, hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di Kota Kinabalu, atas tuduhan membunuh adik perempuan kandungnya pada minggu lalu.

Arden Mattson Maturin yang berusia 26 tahun, dibawa ke hadapan Majistret Jessica Ombou Kakayun untuk pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika disabit kesalahan.

image is not available
Tergamak Bunuh Adik Kandung, Bekas Pemain Ragbi Sabah Berdepan Hukuman Mati

Tiada pengakuan direkodkan setakat ini

Setakat ini, tiada pengakuan direkodkan oleh mahkamah yang kemudiannya menetapkan 14 Jun depan untuk sebutan semula kes. Pendakwaan kes dikendalikan Inspektor Albert Basiri, manakala tertuduh pula tidak diwakili mana-mana peguam.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Arden didakwa membunuh adiknya, Audrey, berusia 24 tahun, antara jam 3.30 petang hingga 4.30 petang di rumah Nombor 10, Taman Prestij, Jalan Signall Hill, Kota Kinabalu, pada 4 Mei lalu.

image is not available

Mangsa ditemui oleh bapanya

Sebelum ini, dilaporkan mangsa telah ditemui oleh bapanya kira-kira jam 4.50 petang hari yang sama dalam keadaan tertiarap, berlumuran darah dan tidak sedarkan diri dengan kesan kecederaan pada bahagian muka.

Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE2) untuk rawatan, namun disahkan meninggal dunia pada jam 10.30 malam Sabtu lalu selepas dua hari dirawat.

Lagi berita terkini untuk anda di sini: