“Tergamak Paksa Isteri Gugurkan Anak Sendiri?” – Azzahra Dedah Derita Hidup Sebagai Isteri Jay Iswazir

LocalEntertainment
4 Dec 2024 • 6:32 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
jay iswazir

Meskipun sudah berpisah, bekas isteri kepada pelakon Jay Iswazir, Azzahra Ahmad dedah mengalami trauma sepanjang dua tahun berkahwin.

Dalam satu hantaran di Instagram, Azzahra berkata, dia tak mampu lagi menyimpan derita yang dilaluinya selama ini.

“Elok-elok aib kau terjaga tapi kali ni aku tak mampu” – Bekas isteri Jay Iswazir

image is not available

Dakwanya, baru tiga bulan bernikah dia sudah menjadi mangsa keganasan rumah tangga. Lebih mengejutkan, Azzahra dipaksa menggugurkan kandungan oleh suaminya sendiri.

Ada ke suami tergamak paksa isteri gugurkan anak sendiri? Jantan tak guna macam kau je yang sanggup perlakukan isteri kau macam tu. Sepatutnya lama dah kau kena berkas tapi sebab aku ada ehsan lagi nak jaga nama kau takut periuk nasi kau tertutup aku tak buat report polis atas kau.

Wanita ini turut menyertakan surat dari Unit Psikologi Kaunseling Hospital Kuala Lumpur di mana dia mendapatkan rawatan untuk masalah tekanan.

Bukti borang rujukan psikologi

image is not available

Bekas isteri Jay Iswazir tidak mahu ada wanita lain yang menjadi mangsa seterusnya. Dakwanya, walaupun baru bercerai, Jay kini sudah mencari pasangan baru.

image is not available

Azzahra memohon wanita di luar sana tidak tertipu dengan lakonan yang dibuat bekas suaminya demi meraih simpati. Fuh, berat dakwaan ni!

Setakat ini, pelakon Jay Iswazir tidak memberikan sebarang respon balas terhadap dakwaan yang dibuat bekas isterinya ini.

Terdahulu, Azzahra membuat hantaran di Instagram pada 24 November memaklumkan perkahwinannya selama dua tahun dengan Jay sudah berakhir.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram Azzahra Ahmad