Tergamak Tetak Abang Kandung Guna Parang, Penggangur Dipenjara 8 Tahun Di Kuching

20 Apr 2023 • 4:59 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Mangsa cedera parah ditetak oleh suspek

Tergamak Tetak Abang Kandung Guna Parang, Penggangur Dipenjara 8 Tahun Di Kuching. Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas dia mengaku bersalah menyebabkan kecederaan parah terhadap abangnya yang berusia 52 tahun menggunakan parang.

Hakim Maris Agan, yang menjatuhkan hukuman terhadap Izzat Saddam Sulaiman, 30, turut memerintahkan hukuman penjaranya berkuat kuasa mulai hari ini.

image is not available
Tergamak Tetak Abang Kandung Guna Parang, Penggangur Dipenjara 8 Tahun Di Kuching. Kredit: Borneo Post

Izzat Saddam didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 326A Kanun yang sama.

Seksyen itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun, denda atau sebat, manakala Seksyen 326A memperuntukkan hukuman yang boleh dilanjutkan sehingga dua kali tempoh maksimum, jika sabit kesalahan.

Kejadian dikatakan berlaku di Kampung Tabuan Hilir

Izzat Saddam melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Kampung Tabuan Hilir di sini sekitar jam 12.30 tengah hari pada 15 April 2023.

image is not available

Berdasarkan fakta kes, Izzat Saddam bertindak agresif dan cuba menetak ibunya yang berusia 68 tahun dengan parang tetapi dihalang oleh abangnya.

Tindakan adiknya itu bagaimanapun menyebabkan dia ditetak di belakang kepala dan tangan kiri oleh Izzat Saddam.

Pergaduhan terpaksa dileraikan oleh pihak polis

Pergaduhan antara Izzat Saddam dan abangnya dihentikan oleh polis yang membuat rondaan di kawasan itu ketika kejadian.

image is not available

Kerana bimbang keselamatan dirinya dan keluarganya, ibu mereka membuat laporan polis yang membawa kepada penahanan Izzat Saddam pada hari yang sama.

Difahamkan, berlaku pertelingkahan sesama ahli keluarga sebelum kejadian.

Baca lagi artikel menarik: