Tergamaknya! Bayi perempuan ditemui depan rumah, letak dalam beg plastik

LocalFamily & Parenting
19 Jan 2025 • 5:11 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Seorang bayi perempuan ditemui depan rumah di Jalan Kampung Rama, Kuala Sanglang, di sini, pagi tadi.

Menurut eyyraidora yang memuat naik video di TikTok, bayi yang diletakkan dalam beg plastik ditemui di atas meja sebuah rumah.

“Pagi tadi gamak la awak buang bayi letak dalam beg plastik eco, letak atas meja.
“Kejadian di Sanglang, Perlis dekat rumah kami. Yang jumpa budak lelaki,”tulisnya di ruangan kapsyen hantaran tersebut.

image is not available

Bayi perempuan ditemui depan rumah

Berdasarkan hantaran tersebut, dia turut menyertakan wajah bayi perempuan berkenaan termasuk individu yang menemuinya.

image is not available

Seorang pengguna Facebook dikenali Shazwany Zamri meluahkan kerisauan seadandainya bayi berkenaan dibawa lari oleh anjing liar di kawasan berkenaan.

“Gamaknya awak buang, letak dalam beg, letak atas meja begitu sahaja.
“Tak boelh fikirlah. Kalau beg tu jatuh ke bawah, anjing bawa lari la. Ish, la kesian tengok baby tu,”luahnya di ruangan kapsyen hantaran tersebut.

image is not available

image is not available

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Yusop berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki yang juga pemilik rumah berkenaan memaklumkan penemuan bayi itu pada pukul 8.35 pagi.

“Sepasukan anggota dari Balai Polis Simpang Empat telah dihantar ke lokasi kejadian untuk melakukan pemeriksaan awal dan bayi itu kemudiannya dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), untuk pemeriksaan kesihatan,”katanya, hari ini.

Beliau berkata, setakat ini, usia sebenar bayi berkenaan masih belum dapat dipastikan dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan individu yang bertanggungjawab meninggalkannya.

Sumber: TikTok @eyyraidora, FB ShaZwany Zamri