“Tergamaknya, Bertopengkan Syaitan Betul” – ‘Licin’ Semua Duit Insurans, Isteri Tinggalkan Suami Selepas Kemalangan

Entertainment
26 Jan 2024 • 2:54 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Di laman TikTok baru-baru ini, tular satu video menceritakan kisah seorang lelaki bernasib malang yang ditinggalkan oleh isterinya selepas kemalangan teruk.

Hilang keupayaan, perlu dibantu sepenuhnya

Difahamkan dari video yang dimuat naik, individu terbabit mengalami kecederaan teruk selepas kemalangan hingga membuatkan dia kehilangan keupayaan normal dan perlu dibantu oleh orang lain.

Isteri bertopengkan syaitan, tak berhati perut

Disebabkan suami sudah tidak seperti dulu, isteri individu terbabit membuat keputusan meninggalkannya dan lebih teruk duit pampasan insurans turut didakwa habis licin diambil oleh wanita itu.

Lelaki yang bernama Amir itu terpaksa menanggung kesakitan sendirian selepas isteri membuat keputusan lari daripada tanggungjawab menjaga suami sakit.

Video tersebut dimuat naik oleh abang kandung Amir kerana dia tidak berpuas hati adiknya diperlakukan sekejam itu biarpun sewaktu masih sihat, dia menjaga kebajikan isteri sangat baik.

Netizen doa isteri terima khifarah

Ramai meluahkan rasa marah terhadap wanita terbabit yang mengambil kesempatan atas kebaikan Amir, bahkan mendoakan agar dia menerima khifarah satu hari nanti.

image is not available 2 months ago

"Kau Dah Malukan Aku & Keluarga, See You In Court" - Lesap Di Hari Nikah, Lelaki Terkejut Tunang Bakal Dikahwininya Rupanya Isteri Orang Lain