Tergamaknya, ibu jual anak 7 tahun RM20,000 untuk bayar hutang

12 Aug 2022 • 7:17 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

ANAK adalah anugerah dan amanah buat ibu bapa. Namun seorang ibu di Rusia bertindak menjual anaknya demi melangsaikan hutang yang ditanggung.

Lapor The Metro UK, wanita bernama Nargiza ditahan di bawah undang-undang pemerdagangan kanak-kanak Rusia.

Mujurlah kanak-kanak itu tidak jatuh ke tangan insan yang berniat jahat. Nargiza diperangkap oleh sukarelawan daripada sebuah badan amal anti-perhambaan, Alternativa yang menyamar sebagai pembeli.

image is not available

Mengiklankan penjualan anaknya dengan harga £4,000 (RM21,599.48), ibu berkenaan didakwa bertemu “pembeli” di medan selera sebuah pusat beli-belah di Yekaterinburg, timur Pergunungan Ural, Rusia.

Dia membawa kanak-kanak lelaki itu bersamanya. Ketika ditanya, kanak-kanak berkenaan itu berkata ‘tidak kisah’ untuk tinggal kepada keluarga baharu.

Operasi berkenan berjaya menyelamatkan kanak-kanak lelaki itu. Pemerdagangan manusia menjadi kebimbangan di Rusia. Kanak-kanak yang diperdagangkan sebagai hamba seksual yang dikaitkan dengan kumpulan jenayah terancang.

image is not available
Kredit foto: BBC

Menurut sukarelawan berkenaan, Nargiza menerima wang itu dan menyerahkan kanak-kanak itu.

Ibu berkenaan itu ditahan manakala anaknya diberikan rawatan perubatan.

Nargiza menjelaskan bahawa suaminya tidak menyukai anak sulung mereka dan memutuskan untuk menjual anak itu untuk membayar hutang.

Selain kanak-kanak itu, Nargiza memiliki dua anak lain. Keluarganya tinggal di sebuah apartmen dua bilik dan sedang membina rumah sendiri dengan pendapatan £1,650 (RM8,909.78) sebulan.

Wanita bergelar ibu sepatutnya menjadi pelindung kepada anak-anak tetapi sanggup menjualnya kepada orang lain demi wang.

Semoga kisah ini menjadi iktibar buat ibu bapa lain.

Sumber: The Metro UK

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.