Tergamaknya! Isteri sanggup terjun kereta elak dipukul suami lepas diseret di stesen minyak

13 Nov 2025 • 8:00 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

TERGAMAKNYA suami hingga menyebabkan isteri nekad terjun dari kereta yang sedang bergerak gara-gara mahu mengelakkan diri daripada dipukul suami dalam kejadian di Jalan Lencongan Timur, Sungai Petani.

Entah apa yang berlaku, pasangan yang baharu berkahwin pada Oktober 2024 itu bergelut dalam kereta hingga wanita itu berusaha untuk menyelamatkan diri.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, satu laporan diterima dari mangsa yang mendakwa berlaku pergelutan semasa berada dalam kereta bersama suami di mana wanita itu berusaha untuk menyelamatkan diri.

image is not available

Katanya, mangsa mendakwa secara tiba-tiba diseret daripada keretanya masuk ke dalam kereta suami ketika berada di sebuah stesen minyak di Sungai Lalang pada jam lebih kurang 6 petang.

"Sepanjang perjalanan dikatakan berlaku pergelutan menyebabkan mangsa cuba melepaskan diri daripada suami yang dipercayai dalam keadaan marah.

"Semasa tiba di simpang Jalan Lencongan Timur, mangsa nekad terjun selepas membuka pintu kereta bahagian penumpang kerana dipercayai berasa takut dengan tindakan suami," katanya.

Artikel berkaitan:

Daripada siasatan awal, pasangan itu tinggal berasingan sejak sebulan lalu kerana mangsa mendakwa kerap dipukul.

Ketika ini, suami mangsa telah ditahan reman bagi membantu siasatan.

Perintah reman dibenarkan Mahkamah Sungai Petani selama dua hari bagi membantu siasatan.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga.

Sumber: Sinar Harian

 

Saksikan video penuh di Facebook dan YouTube Sinarplus bersama jemputan istimewa Dr Azuraida Shahadan, Pakar Kepimpinan Diri, Keluarga & Organisasi serta selebriti & usahawan terkenal, Rozita Che Wan @ Che Ta bagi membincangkan perihal isu ini.

Ikuti media sosial Sinarplus :

Facebook : https://bit.ly/38GWnfO

Youtube : https://bit.ly/3yQMdDU

Instagram : https://bit.ly/3DAxIX3

Twitter : https://bit.ly/3N4qTQB

TikTok : https://bit.ly/3TVq6DB

#BorakBibirMerah

#SinarPlus

#suamikakipukul

#suaminaiktangan">