”Tergolong Dalam Kategori Syahid Akhirat” – Mufti Bersuara Mengenai Nahas Pelajar UPSI

LocalOpinion
9 Jun 2025 • 8:42 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Bas Upsi

Dalam satu kemalangan tragis awal pagi tadi di Jalan Raya Timur Barat (JRTB), Gerik, terdapat beberapa penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dilaporkan maut. 

Menurut laporan Harian Metro, penuntut-penuntut itu tergolong dalam kategori syahid akhirat dan perkara ini dikatakan sendiri Mufti Pulau Pinang, Prof Madya Datuk Dr Mohd Sukki Othman.

Mangsa adalah penuntut yang sedang berjihad menuntut ilmu, insya-Allah tergolong dalam kategori syahid akhirat.

Meninggal dalam perjalanan ilmu, dapat ganjaran besar

image is not available

Menurut pandangan tokoh ulama seperti Sheikh Yusuf al-Qaradawi dan Sheikh ’Atiyyah Saqr, umat Islam yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya tanpa unsur maksiat, termasuk dalam qiyas syahid akhirat sebagaimana kematian akibat lemas, terbakar, atau tertimbus.

Walaupun tidak meninggal di medan jihad, mereka yang menempuh kematian sebegini tetap mendapat ganjaran besar di akhirat kelak.

Jenazah tetap dimandikan dan disolatkan

image is not available

Walaupun dikira syahid akhirat, Mohd Sukki menjelaskan bahawa pengurusan jenazah tetap perlu dilakukan seperti biasa iaitu dimandikan dan disolatkan, kerana ia berbeza daripada syahid medan perang.

Doa dan harapan buat keluarga

image is not available

Dalam kenyataannya, Mufti turut menyeru masyarakat agar mendoakan mangsa dan memberi sokongan moral kepada waris yang diuji dengan kehilangan ini.

Kita doakan Allah SWT melapangkan kubur si mati dan mengurniakan ganjaran sabar kepada keluarga yang ditinggalkan.

Pssttt! Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Dalam kesedihan, jangan lupa bahawa pengorbanan menuntut ilmu itu sangat mulia di sisi Allah. Tabahlah wahai keluarga.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

The post

appeared first on

.