Terharu! Alphard Jadi Hero Halang Air Paip Pecah – “Dah Cemas Tadi Fikir Cermin…”

LocalCars
29 Jan 2026 • 2:59 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kejadian paip pecah di kawasan Segambut, Kuala Lumpur pagi tadi menjadi tular selepas seorang pengguna Threads, @jugusseo berkongsi pengalaman cemasnya ketika menghadapi insiden tersebut.

Alphard jadi hero halang air paip pecah

Dalam hantaran yang disertai video rakaman kamera papan pemuka, dia menceritakan bagaimana air dari paip yang pecah mengalir deras di jalan raya, menimbulkan situasi berisiko kepada kenderaan dan orang ramai.

Namun dalam situasi yang genting itu, seorang pemandu kereta jenis Toyota Alphard putih tampil membantu dengan mengerakkan kenderaannya secara perlahan-lahan ke laluan bertentangan untuk menghalang aliran air sekali gus memastikan laluan selamat bagi pengguna jalan lain.

“Paip pecah kat Segambut. Terima kasih Alphard putih tolong halang air and bagi laluan kat semua. Sis dah cemas tadi fikir takut cermin pecah,” tulis @jugusseo.

image is not available

Hantaran itu menarik perhatian ramai warganet yang rata-rata memuji tindakan pemandu Alphard tersebut sebagai contoh keprihatinan dan sikap tolong-menolong di jalan raya.

Artikel lain: Tular Video Alphard Masuk Longkang, Pemilik Rumah Tampil Jelaskan Punca Pergaduhan

Tak puas tengok!

image is not available

Terbaik, semoga dibalas dengan kebaikan

image is not available

Walaupun video yang dikongsi agak pendek, ia cukup untuk menyampaikan mesej tentang kepentingan saling bantu-membantu di jalan raya selain menunjukkan bahawa tindakan kecil penuh kesedaran boleh memberi impak besar kepada orang sekeliling.

Sumber: Threads @jugusseo

The post Terharu! Alphard Jadi Hero Halang Air Paip Pecah – “Dah Cemas Tadi Fikir Cermin…” appeared first on Borak Daily.