
MELIHAT kemeriahan hidup para selebriti muda hari ini, penyanyi, pengacara juga pelakon cantik, Azeva antara bintang muda paling kerap bersiaran secara langsung atau ‘live’ dalam TikTok.
Kekerapannya muncul ‘live’ ternyata berjaya menarik ramai penonton apatah lagi Azeva suka berkongsi mengenai kisah keluarga terutama ibu bapanya, Datuk A. Aida dan Ameng. Ada sahaja cerita yang dikongsikannya.
Terbaharu, dia selamba mengakui sengaja ‘membahan’ (berseloroh atau berjenaka) ibunya sendiri selepas disaran mencari calon suami yang baik dan tidak terlalu mengejar kekayaaan.
“Saya nak ‘bahan’ mama sebab dia selalu ‘ceramah’ tentang hubungan cinta.
“Dia kata, tengok mama dulu, tak pernah harapkan duit lelaki ketika kahwin dan tidak pentingkan rupa.
“Saya tak boleh terima sebab mama saya kahwin dengan lelaki yang harapkan duit dia,” luahnya.
Perkongsian tersebut membuatkan ramai terhibur dan menyifatkan Azeva sebagai seorang wanita yang lucu. Sikap Azeva yang gila-gila buat ramai ternanti-nanti kemunculannya.
The post Terhibur tengok Azeva ‘bahankan’ A. Aida appeared first on Kosmo Digital.
