Terima 12,000 E-mel, Proses Bayaran Balik Penerbangan Penumpang MYAirline Bakal Dipercepatkan

14 Oct 2023 • 6:36 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

MYAirline dalam usaha mempercepatkan ‘refund‘ penumpang yang terjejas.

Terima 12,000 E-mel, Proses Bayaran Balik Penerbangan Penumpang MYAirline Bakal Dipercepatkan. Dilaporkan bahawa, syarikat penerbangan tambang murah MYAirline sekarang dalam usaha untuk mempercepatkan proses bayaran balik semua penumpang yang terjejas akibat penggantungan operasinya baru-baru ini.

Menurut Eksekutif Interim, Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman, pihaknya juga berharap orang ramai dapat bersabar ketika syarikat itu sedang mengendalikan lebih 12,000 e-mel berhubung perkara berkenaan.

image is not available
Terima 12,000 E-mel, Proses Bayaran Balik Penerbangan Penumpang MYAirline Bakal Dipercepatkan

Memohon maaf yang tulus

Dalam masa yang sama, beliau turut menyampaikan permohonan maaf yang tulus buat semua penumpang dan agensi penerbangan yang terjejas akibat penggantungan operasi yang tidak dijangka tersebut.

Tambah beliau juga, pihak MYAirline juga ingin merakamkan kekesalan mendalam mengenai peristiwa baru-baru ini dan bagaimana ia memberi kesan kepada semua penumpang yang terjejas.

image is not available

MYAirline dalam proses mewujudkan talian hotline

Kini, MYAirline dikatakan dalam proses mewujudkan talian hotline bagi menghulurkan bantuan kepada penumpang terjejas dengan lebih baik.

Untuk memudahkan proses bayaran balik, penumpang digalakkan untuk memberikan nombor tempahan (PNR) mereka dan sila e-mel kepada kami di customercare@myairline.my.

“Mengenai status pekerjaan kakitangan MYAirline, semua kakitangan MYAirline masih dalam pekerjaan penuh. Kami tidak meletakkan sesiapa bercuti tanpa gaji,” jelas beliau.

Berkenaan dengan perkongsian strategik pula, MYAirline berbesar hati untuk berkongsi bahawa pihaknya telah menerima pelbagai tawaran dan sedang menilai cadangan itu dengan tekun.

Kami akan terus memberikan maklumat terkini kepada penumpang kami yang dihargai dan pihak berkepentingan yang berkaitan,” tambah beliau lagi.

Bagi penumpang pesawat MYAirline yang terjejas, anda boleh ikuti panduan ini: