Terima Aduan Aktiviti Khurafat, JHEAIK Pantau Kubur Enam Beranak Tragedi Sungai Korok

LocalPolitics
10 Jul 2025 • 3:26 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia sungai Korok 2

Enam beranak yang lemas selepas kereta terjunam di Sungai Korok, Jitra Kedah baru-baru telah selamat disemadikan dalam satu liang lahad.

Terkini, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) sedang memantau kawasan perkuburan selepas menerima aduan berkaitan kemungkinan wujudnya unsur mencurigakan atau khurafat.

Belum pasang tali, tapi pemantauan diteruskan

image is not available
Foto: Zuliaty Zulkiffli

Lapor Harian Metro, Pengarah JHEAIK, Datuk Dr Abd Ghani@Zulkifli Zainuddin berkata, Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu telah menerima maklumat dan segera menggerakkan anggota ke lokasi bagi menjalankan pemantauan.

Setakat ini, pihak mereka belum memasang tali di tanah perkuburan enam beranak itu. Tetapi, pemantauan akan diteruskan dari semasa ke semasa dan tindakan akan diambil jika terdapat amalan yang bertentangan ajaran Islam.

Masyarakat diingatkan agar tidak melakukan sebarang amalan khurafat yang bertentangan dengan syariat dan logik akal.

Pssttt! Amalan khurafat bukan sahaja bercanggah dengan agama, malah mencemarkan kesucian tempat perkuburan. Semoga roh mereka dicucuri rahmat.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.