Terima Ancaman Bunuh, Kumpulan Rock Indonesia Radja ‘Tawar Hati’ Untuk Buat Persembahan Di Malaysia

15 Mar 2023 • 3:33 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Mereka masih trauma dengan insiden tersebut

Terima Ancaman Bunuh, Kumpulan Rock Indonesia Radja ‘Tawar Hati’ Untuk Buat Persembahan Di Malaysia. Tular video, di mana sekumpulan Rock Indonesia ini telah menerima ancaman bunuh setelah menamatkan konsert mereka di Johor Bahru.

Video berita ini telah tular di media sosial, menimbulkan kebimbangan dan kekecewaan ramai peminat muzik di seluruh rantau Asia Tenggara.

image is not available
Terima Ancaman Bunuh, Kumpulan Rock Indonesia Radja ‘Tawar Hati’ Untuk Buat Persembahan Di Malaysia

Berpunca dari salah faham antara pihak penganjur dan pengurus Radja

Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Mimosa Event & Entertainment, penganjur konsert Radja di Malaysia, mereka memohon maaf atas insiden ini dan menyatakan bahawa pernyataan yang dibuat oleh Radja tidak sesuai dengan fakta.

Mimosa juga menyatakan bahawa insiden ini hanya berpunca dari kekeliruan dalam perbincangan antara penganjur dan pengurus Radja.

Mimosa menjelaskan bahawa kekeliruan ini berpunca dari perbincangan antara pihak penyelenggara dan pengurusan Radja yang tidak mencapai kata sepakat, yang akhirnya menyebabkan kekeliruan dan ancaman terhadap kumpulan muzik tersebut.

image is not available

image is not available

Namun, pihak Mimosa menegaskan bahawa ahli-ahli kumpulan Radja tidak mengetahui secara pasti apa masalah sebenar yang berlaku.

Berkenaan dengan insiden tersebut, Mimosa tampil memohon maaf kepada kumpulan muzik Radja dan berhasrat untuk menyelesaikan masalah ini secara baik-baik.

“Kami berharap masalah ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik dan tidak berlarutan. Kami sangat menyesal dan memohon maaf kepada kumpulan Radja atas kejadian ini,” ujar Mimosa.

Walau bagaimanapun, pelaku yanag telah ditangkap sehari selepas kejadian tersebut, telah dibebaskan selepas membayar jaminan wang.

Namun, kejadian tersebut telah memberi kesan trauma yang agak mendalam kepada mereka dan juga anak-anak mereka.

Vokalis Radja, Ian Kasela berkata bahawa mereka juga terpaksa membatalkan jemputan ke Malaysia dalam masa terdekat kerana bimbang akan tahap keselamatan mereka.

Lagi artikel semasa, anda boleh baca pautan di bawah: