Terima Anugerah Usahawan Lelaki Selebriti Seba Awards 2023 , Zoey Rahman Bakal Lancarkan Kurta Klasik Sempena Ramadan  

Women's Fashion
20 Mar 2023 • 11:00 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Zoey Rahman - Gambar ihsan Zoey Rahman

Bulan ramadan sememangnya menjadi bulan yang cukup sibuk buat pelakon yang kini bergelar usahawan, Zoey Rahman.  Apa tidaknya, ada sahaja perniagaan yang akan diusahakannya. 

Sempena kedatangan ramadan tahun ini, Zoey Rahman akan berkolaborasi bersama dengan pereka fesyen, Farel Mikhail  untuk jualan kurta baju lelaki yang akan dilancarkan pada 22 Mac  ini di seluruh saluran online e-dagang . 

image is not available

"Seperti biasa bila tiba ramadan saya selaku selebriti yang juga usahawan akan mengambil peluang ini untuk meluaskan cabang perniagaan saya. 

 “Tahun ini saya dan Farel bergabung dalam menghasilkan Kurta Klasik yang selesa dan sesuai di pakai sepanjang Syawal atau ke mana mana acara sekali pun. Koleksi Kurta Klasik ini diperbuat daripada kain kapas yg selesa dan mudah digosok.

“Selain itu, saya juga akan turun menyertai Celebfest yang akan berlangsung di Singapura serta Absolut Baazar X Gaya Raya dan Starvendor yang akan berlangsung di Kuala Lumpur,” katanya. 

Dalam pada itu, Zoey juga baru sahaja menjadi penerima Anugerah Usahawan Selebriti Lelaki (Male Celebrity Entrepreneur Award) dari Seba Awards - Unity 2023 anjuran Yayasan Usahawan Malaysia yang berlangsung di di Setia Spice Convention Centre, Pulau Pinang pada 17 Mac lalu. 

image is not available
Seba Awards adalah majlis anugerah yang memberi penghargaan kepada usahawan-usahawan dan perusahaan kecil dan sederhana Malaysia serta meliputi Asia Tenggara. - Gambar Zoey Rahman

"Alhamdulilah saya sangat bersyukur di atas penghargaan ini Dan saya sangat berterima kasih kepada Yayasan Usahawan Malaysia Dan tidak lupa juga kepada semua team kakitangan Mikaseries Sdn Bhd dan penyokong produk Mikaseries,” katanya yang akan berazam untuk terus bekerja keras dalam usaha melebarkan produk perniagaannya. 

Zoey Rahman yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Mikaseries Sdn Bhd adalah salah seorang daripada sembilan penerima anugerah utama di dalam kategori Board Of Advisor Awards (BOA). 

Anugerah BOA itu telah disampaikan Yang Di - Pertua Negeri Pulau Pinang  Tun Datuk Seri Utama Ahmad Fuzi  Abdul Razak. 

Seba Awards adalah majlis anugerah yang memberi penghargaan kepada  usahawan-usahawan dan perusahaan kecil dan sederhana Malaysia serta meliputi Asia Tenggara.  – Getaran, 20 Mac 2023