‘Terima kasih Abang Grab’ -Tindakan Rider Grab dipuji ramai, clearkan gully trap sewaktu banjir kilat

7 Oct 2023 • 5:56 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Hujan lebat yang melanda ibu negara petang semalam menyebabkan banjir kilat berlaku. Beberapa laluan di pusat bandar dilaporkan mengalami kesesakan lalu lintas.

Jika tiada alternatif yang dibuat, berkemungkinan pengguna jalan raya akan terperangkap dalam jangka masa yang lama.

Namun, tindakan yang dilakukan oleh seorang penghantar makanan (Grab) dipuji ramai kerana berusaha mencari lubang untuk mengeluarkan takungan air.

Video yang dirakamkan oleh salah seorang pekerja Affin Bank itu merakamkan kejadian banjir kilat yang berlaku di laluan Jalan Tun Razak yang menyebabkan kesesakan lalu lintas berlaku.

Bukan itu sahaja, atas dasar keprihatinan kepada pengguna jalan raya lain juga, ‘Abang Grab’ dan pihak polis bekerjasama membantu menolak kenderaan yang mengalami kerosakan.

Susulan video rakaman tersebut tular, ramai yang mempersoalkan tindakan pihak berwajib yang sepatutnya menyelesaikan isu sebegini dari terus berlaku.

“Sepatutnya, pihak majlis perbandaran clearkan semua gully trap sebelum musim hujan bermula. Kat Putrajaya tu, pembersihan gully trap tu kerap dilakukan,” tulis Eytaz Sham.

Dalam masa yang sama, ada yang mencadangkan usaha yang dibuat oleh penghantar makanan harus diberikan penghargaan.

“Mereka perlu diberikan penghargaan kerana sanggup meredah air untuk bantu mudahkan urusan orang lain,” komen Cik Lang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved